Kimchi

Posted by on Jul 29, 2013 in Kesihatan, Makan, Resipi | 0 comments

Kimchi

Kimchi, rasanya ramai orang dah tahu pasal kimchi ni kan. Sekarang kalau tengok tv pun banyak pasal korea, dari drama sampai show pasal masakan.

 

DSC_0841

 

Terasa lak nak berkongsi pasal kimchi ni, sebab rumah kami sentiasa simpan stok kimchi ni. Dah terasa macam benda wajib ada dalam peti sejuk. Sebab kalau dah bosan sangat dah takde benda lain nak makan, kimchi ni boleh jer makan tu jer. Bukak puasa pun macam biasa kimchi ni, macam sambal belacan, budu dan segala apa yang masam masin la. Melayu traditional katakan. Cencaluk jer takde stok.

DSC_0842

 

Kitorang ni takde lah sampai buat kimchi tu sendiri. Dah senang boleh beli jer kan. So ape rasanya kimchi ni, rasa dia macam pedas-pedas campur masam sikit. Kalau tak simpan dalam peti ais lama-lama dia rasa macam tajam sikit, macam terlebih cuka. Rasa dia pun ada macam bawang dan rasa macam black pepper. Tapi ada dua brand Aeon tu, so cuba-cuba lah suka yang mana sebab memang kitorang pun rasa dua lain sangat rasanya.

Macamana nak dapatkan kimchi ni kat Malaysia. Biasa kami dapat dari Aeon jer, kalau nak cari, pergi kat area chiller, rasanya dekat tempat tauhu-tauhu macam tu. Dekat Tesco pun kadang-kadang ada, yang local product pun ada.

Dah sebab yang import ni pun ada sticker halal, so ok la kan import pun. Tapi kena pilih jugak la sebab ada macam-macam jenis kimchi tu. Ada yang kimchi belum potong pun ada, sebijik cabbage dia letak, tapi kami tak suka sangat, baik beli yang dah potong siap.

Kalau nak rasa yang lain pun ada, radish dan pes merah dan kacang. Kami ada beli pes ni, tapi tak pakai sangat tak minat dengan bau lagi-lagi yang pes kacang soya tu.

So, apa yang bagusnya dengan kimchi ni. Kalau search kat dalam internet, ada yang kategori kan Kimchi ni ‘ top 5 healthiest food in the world’ . Sebab ada yang claim masa SARS outbreak dulu, banyak negara terjejas, tapi korea selatan tak, sebab kes makan kimchi. Ntah la.

Apa pun, kimchi ni dikatakan bagus sebab ada bakteria baik (macam yakult kot) disebabkan kandungan asid lactic, tinggi vitamin dan ada potensi mengurangkan risiko kanser. Tapi kalau terlebih makan, ada katakan tinggi risiko untuk kanser jugak. Tapi rasanya apa – apa yang terlebih pun tak elok kan, so bersederhana la. Selain pada yang itu, ada claim kata cholesterol pun boleh rendah dengan amalkan kolestrol ni.

Tapi apa-apa pun, check dengan doktor dulu.

Nak baca lagi:

http://grainsandmore.com/2013/04/amazing-health-benefits-of-kimchi/#sthash.sVjfskRH.dpbs

 

 

Read More

Lie to Me

Posted by on Jun 13, 2011 in Korean Drama | 0 comments

Lie to Me

 

Genre       : Comedy & Romance

Episode   : 16

Synopsis : Kisah mengenai Gong Ah Jung lakonan Yoon Eun Hye (yg pernah berlakon dlm citer Coffee Prince & Take Care Of The Young Lady) bekerja sebagai penolong pengarah di Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan, seorang yang gila-gila dan sentiasa bersaing dengan rakan sekolejnya iaitu Yoo So Ran.

Suatu hari, secara tak sengaja dia menipu bahawa dia telah pun berkahwin dengan Hyun Ki Moon seorang Presiden Hotel. Hyun Ki Moon pulak seorang yang tegas, kuat bekerja dan pernah putus cinta dengan rakan baik adiknya. Disebabkan oleh penipuan Gong Ah Jung itu juga tersebarlah khabar angin dikalangan pekerja-pekerja Hotel World dan makcik Hyun Ki Mun bahawa dia telah pun berkahwin.

Seterusnya terjadilah episod-episod kelakar disebabkan penipuannya itu dan juga konflik apabila bekas tunang Hyun Ki Moon, kembali semula ke Korea untuk berbaik semula dengannya. Nak tau lebih lanjut boleh la tonton di Chanel Astro One setiap mlm rabu dan khamis ataupun di website  http://www.mysoju.com/korean-drama/lie-to-me/

 

 

 

 

 

 

 

 

Read More