Kimchi

Kimchi, rasanya ramai orang dah tahu pasal kimchi ni kan. Sekarang kalau tengok tv pun banyak pasal korea, dari drama sampai show pasal masakan.

 

DSC_0841

 

Terasa lak nak berkongsi pasal kimchi ni, sebab rumah kami sentiasa simpan stok kimchi ni. Dah terasa macam benda wajib ada dalam peti sejuk. Sebab kalau dah bosan sangat dah takde benda lain nak makan, kimchi ni boleh jer makan tu jer. Bukak puasa pun macam biasa kimchi ni, macam sambal belacan, budu dan segala apa yang masam masin la. Melayu traditional katakan. Cencaluk jer takde stok.

DSC_0842

 

Kitorang ni takde lah sampai buat kimchi tu sendiri. Dah senang boleh beli jer kan. So ape rasanya kimchi ni, rasa dia macam pedas-pedas campur masam sikit. Kalau tak simpan dalam peti ais lama-lama dia rasa macam tajam sikit, macam terlebih cuka. Rasa dia pun ada macam bawang dan rasa macam black pepper. Tapi ada dua brand Aeon tu, so cuba-cuba lah suka yang mana sebab memang kitorang pun rasa dua lain sangat rasanya.

Macamana nak dapatkan kimchi ni kat Malaysia. Biasa kami dapat dari Aeon jer, kalau nak cari, pergi kat area chiller, rasanya dekat tempat tauhu-tauhu macam tu. Dekat Tesco pun kadang-kadang ada, yang local product pun ada.

Dah sebab yang import ni pun ada sticker halal, so ok la kan import pun. Tapi kena pilih jugak la sebab ada macam-macam jenis kimchi tu. Ada yang kimchi belum potong pun ada, sebijik cabbage dia letak, tapi kami tak suka sangat, baik beli yang dah potong siap.

Kalau nak rasa yang lain pun ada, radish dan pes merah dan kacang. Kami ada beli pes ni, tapi tak pakai sangat tak minat dengan bau lagi-lagi yang pes kacang soya tu.

So, apa yang bagusnya dengan kimchi ni. Kalau search kat dalam internet, ada yang kategori kan Kimchi ni ‘ top 5 healthiest food in the world’ . Sebab ada yang claim masa SARS outbreak dulu, banyak negara terjejas, tapi korea selatan tak, sebab kes makan kimchi. Ntah la.

Apa pun, kimchi ni dikatakan bagus sebab ada bakteria baik (macam yakult kot) disebabkan kandungan asid lactic, tinggi vitamin dan ada potensi mengurangkan risiko kanser. Tapi kalau terlebih makan, ada katakan tinggi risiko untuk kanser jugak. Tapi rasanya apa – apa yang terlebih pun tak elok kan, so bersederhana la. Selain pada yang itu, ada claim kata cholesterol pun boleh rendah dengan amalkan kolestrol ni.

Tapi apa-apa pun, check dengan doktor dulu.

Nak baca lagi:

http://grainsandmore.com/2013/04/amazing-health-benefits-of-kimchi/#sthash.sVjfskRH.dpbs

 

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *


*