Yang ini satu lagi jenis cuka biasa saya gunakan di rumah. Mula-mulanya sebab biasa jugak tengok dalam tv, rancangan masakan luar negara, terasa la jugak nak mencarinya. Mula-mulanya agak ragu-ragu jugak, sebab dengarnya cuka balsamic ni hasil daripada penghasilan wine, sebab ada yang samakan dengan wine vinegar.

So, ada la search dalam internet rupanya balsamic vinegar bukannya dari hasil atau byproduct wine. Itu la ada tandanya halal pada sesetengah produk balsamic ni.

Saya biasanya dapatkan dari Giant, jenama alce nero; balsamic vinegar of modena. Kalau tengok kat wiki, modena ni kira tempat yang asalnya dibuat, cuma dikatakan modern imitation, kira yang murah lah. Ntah la yang mahal rasa macamana lak kan, sebab tak pernah beli.

Tapi biasanya balsamic vinegar ni biasanya saya buat untuk salad, dressing atau pun untuk marinate. Dikatakan substitution untuk red wine atau white wine vinegar.

Kalau nak tengok resipi bagi cuka boleh try di http://homecooking.about.com/library/archive/blcon113.htm  .

So, kenapa sebabnya nak pakai cuka ni.

First, boleh menguruskan badan. Dikatakan bagus sebagai dressing salad yang rendah kalori berbanding dengan dressing yang lain, macam mayonis. Juga dikatakan lambat lapar dan mengurangkan selera makan.

Antioksidan. Rasanya dah biasa didengar sekarang ni tentang antioksidan ni. Antioksidan ni hasil dari bahan polyphenol dalam cuka yang mengelakkan kanser dan sakit jantung, dan juga meningkat sistem imun badan.

Satu lagi ialah bahan pepsin di dalam cuka balsamic ni. Pepsin ialah bahan baik untuk sistem pengumuhan(?), digestive system, yang memecahkan protein kepada asid amino yang lebih senang diserap oleh tubuh. Dan juga untuk meningkatkan insulin badan.

Saya bukannya doktor, apa – apa pun hasil bacaan di internet, jadi nak rujuk;

http://www.livestrong.com/article/87969-balsamic-vinegar-health-benefits/

http://www.buzzle.com/articles/balsamic-vinegar-health-benefits.html

 

 

 

 

2 Comments

  1. 6-18-2013

    Di mana boleh dapat balsamic vinegar yang halal? ~Singapore~

    • 7-12-2013

      Kitorang biasa dari Tesco jer, try tgk yang ada label halal

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *


*