Cek Mek Molek – Kuih Tradisi di Bulan Ramadan 2011

Posted by on Aug 9, 2011 in Makan | 0 comments

Cek Mek Molek – Kuih Tradisi di Bulan Ramadan 2011

Hari ni ira nak share sikit kuih tradisi yang ira buat untuk pemanis mulut berbuka puasa hari ke-3 kot..hehe tak ingat.sebab lama sangat baru nak post.huhu…kuih ni amat popular di Kelantan dan Terengganu. Ia dibuat dengan ubi keledek yang dilenyek dan tepung gandum sebagai adunan, gula sebagai inti, kemudian digoreng.

Nyum..Nyum…sedapnya. Rasanya manis dengan inti gula yang cair di dalamnya. Kalau tengok pada bahan-bahannya nampak macam senang je nak membuatnya..lebih kurang macam buat cucur atapun orang terengganu panggil jemput-jemput tapi rupanya susah jugak ler. Susah tang nak membentuknya tuh sebab ia melekat-lekat kat tangan..ke terkurang tepung.hmm..kalau terlebih tepung pun tak sedap jugak sebab ia akan jadi keras dan kurang la rasa keledek tu. Kalau ira lebih suka ianya lembut dengan banyak keledek. Pastu kena kemaskan betul bentuk kuih ni kalau tak gula (inti) akan terkeluar..uih..cerewet jugak. Untuk percubaan pertama ni bolehlah. Suami pun kata sodap tapi dia tu bukan boleh percaya, semua yang kita buat dikatanya sedap. Bagi ira masih kurang menjadi lagi..kene belajar lagi. dibawah ira sertakan resepinya bagi sesiapa yang nak mencuba. ira buat main campak-campak aje..tak ikut sangat kuantitinya tu sebab buat sikit je untuk dua orang aje..so agak2 la yek, banyak mana nak buat.

Bahan-bahan

500gm ubi keledek
1/2 cawan tepung gandum
1/2 cawan gula pasir (agak2 je sebab untuk intinya saje)
Garam secukup rasa
Minyak bagi menggoreng

Cara membuat

1. Rebus ubi keledek dengan sedikit garam sehingga empuk.
2. Buangkan airnya dan lenyek dengan lumat.
3. Gaulkan dengan tepung gandum.
4. Bentukkan bujur dan masukkan gula pasir ke dalamya.
5. Kemaskan bentuk kuih supaya gula tak terkeluar.
6. Siap untuk di goreng hingga ke kekuningan.

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *


*