m4s0n501
Kelebihan Cuka Apple (Apple Cider Vinegar) | mydiary

Kelebihan Cuka Apple (Apple Cider Vinegar)

Posted by on Jul 27, 2011 in Makan | 29 comments

Kelebihan Cuka Apple (Apple Cider Vinegar)

Sejak beribu tahun dahulu orang-orang Greek dan Mesir telah menggunakan Cuka Apal sebagai makanan dan ubatan untuk diri sendiri dan haiwan peliharaan mereka.

Cuka epal ialah sejenis cuka yang diperbuat daripada bahan yang diproses dengan “fermentation” yang mana gula di dalam air buah epal dipisahkan oleh bakteria dan ragi yang berwarna kuning keemas-emasan dan dijual dalam bentuk semula jadi.

Cuka epal sering digunakan untuk tujuan kesihatan selain daripada digunakan dalam masakan.

Ia mula popular setelah Dr D.C. Jarvis, penulis buku kesihatan, mengesyorkan cuka epal sebagai produk masakan yang sihat dan cuka epal diminum setiap hari sebagai “home cure” (ubat di rumah).

Menurutnya, cuka epal boleh dicampur dengan madu untuk membuat air yang dinamakan ‘honergar’ (madu + cuka epal).

Mengikut penyelidikannya, air campuran itu boleh membunuh bakteria yang memudaratkan dalam usus manusia dan menyarankan agar ia diminum sebagai minum harian sebagai tonik kesihatan.

Rasanya memang menyegarkan seperti rasa teh limau dan masam-masam manis. Pesakit kencing manis disyorkan tidak melebihi dua sudu teh madu sehari.

Dari segi zat nutrien (makanan yang berkhasiat), cuka epal kaya dengan vitamin, zat galian, enzim dan asid amino, iaitu bahan nutrien yang baik untuk kesihatan tubuh.

Ia juga mengandungi antioksida yang dapat mengurangkan kesan radikal bebas yang berbahaya untuk tubuh manusia.

Cuka epal mengandungi sejenis serat pektin atau serat larut air. Serat larut air membantu dalam melawaskan sistem pembuangan najis dalam tubuh.

Kelebihan cuka epal adalah seperti berikut:

Kencing manis

Beberapa kajian membuktikan bahawa cuka epal dapat membantu menurunkan kadar glukosa dalam darah.

Mengikut penyelidikan Universiti Arizona yang diterbitkan dalam jurnal Diabetes Cara, individu yang meminumnya mempunyai kadar glukosa yang lebih baik.

Kajian selanjutnya membuktikan bahawa ia dapat mengawal glukosa dalam darah agar tidak meningkat secara mendadak selepas jamuan.

Resipi sihat untuk mengawal berat badan

Cuka epal digunakan dalam banyak program penurunan berat badan kerana dipercayai dapat membantu mengawal nafsu makan dan menahan lapar.

Ia boleh digunakan sebagai bahan ‘dressing’ untuk salad yang enak apabila ditambah dengan madu dan minyak ‘flax’ serta digaul dalam sayur-sayuran dan dimakan mentah seperti ulam.

Ia adalah alternatif yang lebih baik berbanding mayonais atau salad dressing thousand island yang mengandungi lebih banyak kalori.

Rasanya lebih enak jika salad itu ditambah kismis, anggur atau biji bunga matahari (sunflower seeds).

Kelebihan lain :-
1) Menurunkan berat badan
2) Penjagaan rambut
3) Penjagaan haiwan peliharaan
4) Bahan masakan
5) Kesihatan – menyembuh penyakit gout, alergi, jangkitan sinus, selsema, jerawat, kolesterol tinggi, keletihan yang
kronik, sakit ulu hati, sakit tekak, dermatitis, artritis (bengkak sendi) dan menurunkan tekanan darah tinggi.
6) Pembersihan rumah – bersih lantai, tingkap dll.

Hati-hati – Tidak semua cuka apal yang dijual cara pembuatannya natural
Banyak cuka epal yang di komersialkan telah dipasteurkan, disuling untuk menjadikannya produk yang bagus. Malangnya, penambahan pemprosesan cuka epal ini boleh memusnahkan kebaikan yang ada.
Jadi secara alternativnya anda boleh membuatnya sendiri di rumah.

Cuka epal yang bermutu tinggi boleh dihasilkan melalui beberapa langkah atau proses, iaitu:
1. Membuat cider epal yang bersih daripada epal yang cukup masak (ranum).
2. Menukar semua gula buah-buahan ini kepada alkohol. Ini dinamakan Fermentasi ragi (yis).
3. Menukar semua alkohol kepada asid asetik. Ini dinamakan Fermentasi asid asetik.
4. Pasteurize (panaskan dan sejukkan) asid asetik ini untuk menghalang daripada fermentasi berterusan dan menjadi busuk sebelum disimpan di dalam botol.

kalau nak beli cuka epal di pasaraya Giant belilah jenama “BRAGG” kerana diproses secara organik. Kalau jenama yang lain (seperti jenama “HEINZ”) walaupun harganya murah dibimbangi cara pembuatan tidak natural sebab proses pembuatan cuka memerlukan masa. untuk tujuan komersial biasanya ditambah yis, induk cuka yang dah siap dan garam anti kulat.

Tidak rugi untuk anda nikmati kebaikan bahan dari alam semulajadi ini sebagai makanan kesihatan tambahan jika dah tahu banyak manfaat darinya.

Rujukan:
1) http://www.apple-cider-vinegar-benefits.com/
2) http://cyberita.asia1.com.sg/rencana/story/0,3617,123507,00.html?
3) http://sitik.wordpress.com/2009/12/26/khasiat-cuka-epal/




29 Comments

  1. 12-20-2011

    Salam….Saya mengalami keputihan. Buat masa skrg saya hamil 6 bln.Adakah saya boleh minum cuka ini atau disapukan saja dibahagian sulit itu. Saya ada mendgr juga tentang kelebihan cuka ini cuma saya tak berani nk guna disebabkan faktor kehamilan saya ini

    Thanks……

  2. 1-17-2012

    Salam…saya ingin bertanya adakah produk ini HALALan toyyiban…takut jugak bayak produk yg dijual dipasaran tiada tanda HALAL….terutamanya yg diemport dari negara luar…
    inginkan kepastian

    • 2-26-2012

      Tgk pada brands tu sendiri, kalau yg sekarang brands luar, biasanye mmg xde tanda halal….tp dh ada produk locals yg ada tanda halal.

    • 7-1-2012

      Halal.

      kalu awak perasan, untuk apple cider vinegar jenama Bragg, ia dilabelkan sebagai Kosher (KHR). Kosher ni halal yahudi, yahudi lebih strict dari islam dari segi pemakanan. Semua makanan berlabel Kosher halal untu Muslim.

      • 11-13-2012

        http://www.differencebetween.net/miscellaneous/difference-between-kosher-and-halal/

        salah asrul rae, sangat berbeza,,kita muslim khaira-ummati..

        According to halal, any adult sane Muslim can perform the slaughtering of animals. But kosher only allows one kind of Rabbi, called the Sachet, to slaughter animals. The Sachet is specially trained for slaughtering and no other Jew can perform this task.

        Muslims consider the entire cattle or sheep as Halal if they are duly slaughtered. Jews on the other hand consider the fore quarter of cattle or sheep as Kosher and the hindquarter are considered non-Kosher.

        While Islam law considers meat of rabbit, wild hens, shellfish, duck and goose as halal, it is not considered fit to eat according to kosher laws.

        Muslims look out for source of enzymes before having them. If it comes from a non-Halal animal, it is prohibited for a Muslim. But kosher has no difference as per enzymes are considered. The Jews consider all Enzymes, even from non-Kosher animals, as Kosher.

        According to halal law, all intoxicating alcohols, wines, liquors and drugs are prohibited. Where as kosher law allows all wines.

        While in kosher foods, dairy and meat cannot be mixed and it is entirely prohibited, Halal permits the mixing of the two.

      • 12-10-2013

        makanan halal yahudi tak bermaksud ia halal utk muslim jugak. as far as i know, jews CAN consume alcohol. it just that they cant eat pork and diorg pun makan haiwan yg disembelih.

  3. 2-20-2012

    saya telah mengamalkan cuka apple ni lebih kurang setengah tahun..umur saya lebih kurang 38tahun saya paling2 bimbang pada penyakit kencing manis serta darah tinggi kerana 2penyakit itu adalah basic penyakit2 lain..sejak saya mengamalkan cuka apple mmol bacaan kencing manis saya adalah 5.8 jika awal pagi…saya memang tiada penyakit k.manis tapi waktu dulu sebelum saya mengamalkan cuka apple bacaan mmol saya adalah 6.8 @ 6.7 awal pagi jika waktu akhir makan saya sebelum itu jam 8mlm..jadi jika saya berhenti mengamalkan cuka apple atau kadang2 minum atau tak adakah gula saya naik kembali??? saya sentiasa bimbang pada penyakit demikian…

  4. 2-26-2012

    Sudah hampir 1 1/2 tahun saya mengamalkan meminum epal-cider jenama bragg…Hasilnya sangat baik utk tubuhbadan..Asalnya dulu saya kena batu karang..sekarang alhamdulillah segalanya mungkin.
    salam Hormat dari saya…Wassalam.

    • 2-26-2012

      Rasenye amalan minum cuka epal bagus , cuma ramai x seberapa tahu. Tambah pulak harga xde la mahal mcm produk kesihatan lain .

  5. 3-9-2012

    Saya nak tau petua slim guna cuka epal

  6. 4-4-2012

    SALAM 1 MALAYSIA..

    sue, ada bli honeygar atau cuka epal plus madu dr brand tokguru saffron…sudah 3 mnggu mnum..law ckp sal berat bdn stakat nie tak turun2 pun..naik adala..mkin bertambah selera mkn..mybe tak berkesan lg kot..tapi badan mkin cergas dan sihat je..law byk lakukan aktiviti harian..still ada tenaga walaupun dah larut malam..

  7. 4-6-2012

    SALAM,

    Saya teringit sangat nak minum apple cider nie…mana boleh dapar? giant shah alam ade tak??

    • 4-6-2012

      Biasa saya dpt dari giant.. Rasenye semua pun caw. Giant pun ade jual. Pernah jugak tgk di Tesco, lg byk pilihan rasenye

      • 5-1-2012

        Rasanya memang sedap…cubalah

    • 4-19-2012

      salam nana,
      semalam saya ada cuba minum sepenutup botol khal(cuka)tamar Iran,dengan izin Allah swt,sendi2 pergelangan kaki dan lutut sangat berkurangan…
      Fon saya 012 2405738

    • 7-16-2012

      saya ada supply cuka apple terbaik harga pun terbaik la jugak rm35.

  8. 4-19-2012

    saya memang mengidap penyakit gout sejak 1990 an lagi,cholestrol pun tinggi(keturunan)

  9. 5-10-2012

    salam
    sy nak ada beli cuka epal…brand aperr yg paling elok??

    • 5-11-2012

      Biasanya ambik yg Bragg… Tp mmg masam sikit brand yg ni, tp sebab dh biasa beli dh.

  10. 4-16-2013

    Assalam, bole saya tahu kanak kanak umur berapa bole mula ambil

    apple cider, Terima kasih.wassalam.

  11. 5-15-2013

    Saya mengamalkan minum apple cider vinegar – Bragg selama 2 bulan… mmg nampak hasil kerana sebelum ni saya memiliki lemak di pinggang, perut dan paha yang besar… saya amal minum pagi dan malam sebelum tidur… sekarang lemak da berkurangan dan setiap pagi saya akan buang air besar….

  12. 6-13-2013

    assalamualaikum…

    harap tuan2 dan puan2 dpt membantu sya… sya bru mengunakan cuka apple ni pe yg diajar oleh makcik sya sy kena amik satu sudu kecil cuka apple cmpur air dan minum.

    kali pertama sya rasa pedih sgt perut belah kiri….
    takut plak nk jmpe doktor…. mmg mcm tu ker kesan2 pengambilan ye

    • 7-12-2013

      Setakat ni takde la pulak rasa sakit perut, ataupun terlalu pekat. Try tambahkan air. Dan rasanya kalau sesape ada gastrik memang cuka epal ni kurang sesuai. Cuba tanye doktor

  13. 8-26-2013

    Kebaikan cuka ni boleh didapati juga dalam web saya. antaranya ubat kurus semulajadi, penawar gastrik, penawar darah tinggi, pemecahan lemak dan batu hempedu…
    sabri

  14. 9-7-2013

    haiii…sy bru jek start minum cuka apple…btol ke cuka apple ni boleh melawaskn pembuangan..sbb sy nie jenis yg sembelit..sy hrap sape2 dpt bntu sy tuk menyeleaaikn mslh saye…lg 1 mcmne care nk minum cuka apple ni ngan btol…sy wat 2 sudu cuka apple cmpur ngan air msk 1 gelas..ok ke

  15. 11-2-2013

    assalamualaikum. Boleh like kami di facebook Home made apple cider by Acidfinger2therescue. Kami menjual 100% brewed n natural apple cider. Tiada vinegar. Sesuai utk yg ada gastric. Thanks

Trackbacks/Pingbacks

  1. Homepage - ... [Trackback]... [...] Read More here: deardiary.azhira.com/?p=118 [...]...
  2. URL - ... [Trackback]... [...] Find More Informations here: deardiary.azhira.com/?p=118 [...]...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *


*

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>