Bahan Pengawet yang dibenarkan ?? – Sodium Benzoit

Posted by on Mar 20, 2013 in Kesihatan | 0 comments

Rasanya agak pelik dah masuk bab-bab sains dalam blog ni, tapi disebabkan rasanya mungkin ramai yang tak tahu ( betul ke ? ), tergerak jugak hati nak menulis pasal yang ni bila beberapa hari lepas tertengok pada satu botol air soft drink yang saya beli beberapa hari lepas.

Dah jadi habits bila beli barang-barang dapur ni, selalu tengok ingredients dengan expired date.

Jadi ape sebenarnya Sodium Benzoit ni ? Bahan ni takde secara semulajadi, hanya asid benzoit bukan sodium benzoit. Asid benzoit boleh ditemui  dalam buah apple mahupun dalam susu. Sodium benzoit adalah pengawet bahan makanan, biasa dalam makanan jeruk dan juga pada soft drink. Selain dari pengawet makanan, ada juga dalam kosmetik dan ubat-ubatan.

Yang jadi bahayanya, dalam satu article ni, bila sodium benzoit bercampur dengan vitamin c (ascorbic asid) pada suhu tinggi ( tak tahulah tinggi mana) , dua bahan ni akan jadik benzene. Bunyi macam produk petroleum eh, tapi benzene ni diketahui penyebab kanser. Baca artikel yang ini . Benzene diketahui sumber dari asap kereta dan juga rokok.

Selain daripada hasil benzene, ada juga artikel mengatakan sodium benzoit tu sendiri pun boleh membuat kerosakan pada DNA. Ada juga artikel kata, mungkin dari bahan pewarna dan sodium benzoit menyebabkan hiperaktif pada kanak-kanak. Baca artikel yang ni pulak.

 

Jadi secara saya sendiri, cuba elakkan bahan yang ada bahan sodium benzoit ni. Sebab kita tak tahu betul atau tidak, tapi baik berjaga-jaga kan walaupun ada yang saya baca, hanya pada kadar yang tinggi sahaja membahayakan .

Kalau minat membaca lagi, bacalah dekat website ni. Lagi la banyak.

 

 

 

Read More