Udang galah

Posted by on Nov 1, 2012 in Makan | 0 comments

Udang galah

image

 

Sekali sekala dapat makan udang galah cukup sedap. Kalau nak selalu mungkin teruk sebab harganya yang agak mahal. Udang galah ni kalau di Kedah agak senang dapat di kawasan Sg. Petani, di kawasan dalam perjalanan ke Pantai Merdeka.

Kalau tengok di kiri kanan jalan, ada rumah yang mempunyai pondok kecil.. biasanya terdapat jualan kat situ.

Mula-mulanya agak pelik bila kena beli, kena tanya tuan rumah, bukan kedai.. tapi rumah.

Semua tangkapan ni banyaknye dari pemancing, diorang jual dekat diorang, lepas tu diorang jual balik.

image

Ni first time masak udang galah, yang kaki panjang pun kitorang pun masak sekali sebab kot la ada isi, rupanya bila masak isi yang dalam kaki (atau tangan ??) panjang tu agak berasa kosong, memang berisi tapi memang tak sedap.

Kitorang mula-mula rebus sekejap, kemudian digoreng dengan daun kari, butter dan juga telur. Kalau udang macam ni, rugi kalau masak fancy sangat, takut hilang rasa udang tu.

image

Nampak sedap tak ?

 

 

 

Read More