Singgang Ikan + Durian

Posted by on Dec 23, 2011 in Makan, Resipi | 0 comments

Singgang Ikan + Durian

 

image

image

Sedappp teramatt… musim durian tapi la ni baru dpt makan. beli sebiji memang puas hati sbb boleh tahan la banyak jgk isinya tu. Buat singgang campur durian (idea en.khalil la ni) cicah ngan budu & ulam-ulam sekali.mmg best..x pyh lauk lain dah.

Bahan-bahan :

4 ekor ikan selayang @ 1 ekor ikan tongkol

3 ulas bawang putih (di ketuk)

1 inci lengkuas (dihiris)

1 inci kunyit hidup (dihiris)

5 keping asam gelugur

4 cawan air

Garam secukup rasa

Perasa maggi cukup rasa

7 biji cili api

 

Cara-cara :

1. Masukkan semua bahan ke dalam periuk.

2. Masak sehingga mendidih.

3. Sedia dihidangkan.

 

 

 

Read More

Sup Bayam Merah & Ubi Keledek

Posted by on Dec 23, 2011 in Resipi | 0 comments

Sup Bayam Merah & Ubi Keledek

Sup bayam merah & keledek, simple resepi untuk tgh hr ni..+ ikan goreng panas-panas + peria goreng madu (resepi ciptaan mr. khalil, suka-suka hati je tambah madu tp rasanya tu bleh la tahan. Kurang2 ada gak la yg nak membantu kat dapur nih) mmg besttt…utk hari2 minggu mcm ni. Sekali-sekala tukar la plak menu sayur ni kan. Asyik lobak, sawi, kobis aje..boring!

Asalnya sbb tgk ubi keledek tu, terasa mcm nak mkn sayur lemak kuning ngan keledek la plak. Tiba-tiba tukar menu lain sbb sayur pucuk paku tu tak de. Masa nak beli bayam ni pun tepon dulu dgn mak, bkn ape utk confirm. “Mak, bayam ni bleh masak lemak ngan keledek ke??” buat bodoh-bodoh je la tanya. dah mmg tak tau pun. “ada 2 jenis bayam ni. mana satu nak ambik..yg hijau ke merah?”  last2 ambik la yg merah sbb nak match kan ngan keledek tu. lagi pun yg merah tu mak kata rasanya lagi sodap. Kalau yg hijau tu plak sedap campur ngan sayur labu air.Tapi ni bukan masak lemak ye. ni kita buat sup. tukar menu, tukar menu..

So, let’s start cooking!!

 

Bahan2 nya:

1 ikat bayam (ira letak 1/2 je)

1/2 biji bawang besar (dihiris)

2 ulas bawang putih (diketuk)

1 biji cili merah (dihiris)

2 1/2 cawan air

1 kiub ikan bilis

 

Cara Memasak :

1. Bayam diasingkan daripada batangnya dan basuh. Kemudian tuskan.

2. Masukkan semua bahan kecuali sayur bayam ke dalam periuk dan masak sehingga mendidih.

3. Perlahankan api, masukkan bayam ke dalam periuk sekejap je. (nanti hilang la zat2 sayur tu, klu lama2 sgt)

4. Kacau rata dan tutup api. Sedia di hidangkan.

 

Makan bayam ni teringat la plak kat citer kartun ‘Popeye’. Makan 1 tin tu terus jadi kuat, sbb nak selamatkan isterinya yg kurus kering tu. Sekarang budak2 dah tak kenal kot kartun ni. Rasanya mana ada dh siar kat tv kartun2 cam gini..ade ke?

Next entry kita citer pasal kebaikan & keburukan makan bayam ni pulak ok! Makan tu makan la jgk. kene la tau sikit psl makanan yang kita ambil tu ok ke tak. Kang tak pasal2 kena penyakit mcm2 sbb terlebih zat. huhu..ade ke??

ok, dah kul 12.44 am. ngantuk sgt dh ni. masa utk tido …. (^,^)

 
xoxo

Read More