Ayam BBQ..Tested Recipe

Posted by on Dec 19, 2011 in Makan, Resipi | 0 comments

Ayam BBQ..Tested Recipe

 

Ayam bbq for dinner…guna lebihan rempah masa buat BBQ utk birthday encik hubby baru-baru ni. Mcm biasa la test resepi dari http://www.myresipi.com/top/detail/631 oleh minami133. Memang sedap..♥♥♥  ira ubah sikit, tambah black paper & rempah kari & gula letak 4 s/b je.

 Bakar tak garing sgt tp ok la best jgk.

here the recipe… http://www.myresipi.com/top/detail/631

Malas nak tulis..link web je la yek.

Happy cooking…

xoxo

ira

Read More

Red Velvet Cake Tested Recipe

Posted by on Dec 19, 2011 in Resipi | 0 comments

Semalam sambil-sambil duk search internet pasal kek red velvet ni jumpelah beberapa web yang ada resipi kek ni…tekak ni dah terasa sgt nak makan bila tgk gambar2 kek yang diorang post. Sangat la mewah dengan warnanya yang merah baldu + putih cream tu…then, apa lagi terus keluar pegi kedai cari bahan-bahan buat kek ni yang tak ada kat rumah sbb yang lain-lain dah ada kecuali cream cheese, mascarpone cheese dan fresh milk nak gantikan buttermilk tu..

Cobaan pertama :

Sungguh mengecewakan sbb kek tak berapa menjadi sgt. Kek tu terlembik sikit. Mungkin ke oven tu x cukup panas.. (note:  diri bukanlah seorang yang terer sgt dlm mem ‘baking’ kek ni tp gatal nak buat..hahaha).

Mula-mula keluarkan dari oven, cucuk tp melekit lg. Jadi tambah masa bakar lg. Pastu dh siap try cucuk lagi, tgk macam ok je. Mr.Khalil pun sekali excited..cucuk..cucuk..cucuk..!!! Then, biarkan sejuk dulu, pastu dgn tak sabar2 try keluarkan kek dari bekas tu tapi sedihnya hancusssss terbelah dua kek tu. Gopoh sgt nak keluarkan kek. Hilang berangan nak sapu seketul kek tu ngan cream cheese tu cantik2. Apo nak buat, lain kali bleh try n try lagi. Itupun kalau rajin la !!!

Rasanya sedap cuma terlebih manis sgt… (Adakah tersilap sukat??  (^,^)  @  kene kurangkan gula tu sbb tak berapa suka sgt benda manis-manis ni)

Red Velvet Cake Recipe
Bahan A  (di ayak bersama)
2 1/2 cawan (250 gram) tepung gandum @ tepung kek
1/2 tsp garam
2 tbsp (15 gram) cocoa powder

Bahan B (campur dan kacau sebati)

1 cawan (240 ml) buttermilk
(bleh gantikan 240 ml Freshmilk+1 tsp Cuka  @  Yogurt+Freshmilk)
2 tbsp pewarna merah

Bahan C

1/2 cawan (113 gram) unsaltbutter, pada suhu bilik
1 1/2 cawan (300 gram) 160 gram gula kastor (kene kurangkan,terlebih manis sgt)
2 biji telur gred A
1 tsp esen vanila

Bahan D

1 tsp cuka masakan
1 tsp soda bikarbonat

Cream Cheese Frosting :
227 gram cream cheese (Philadelphia)
227 gram mascarpone cheese
1 tsp esen vanila
1 cawan (115 gram) gula ising
1 1/2 cawan (360 ml) heavy whipping cream (35-40% butterfat)

Cara-Cara Membuatnya:
1. Bahan A diayak.
2. Bahan B dicampur dan disebatikan dlm satu bekas.
3. Panaskan oven dgn suhu 170 darjah c dan sapukan loyang dgn butter.
4. Bahan C , pukul butter hingga lembut (lebih kurang 1-2 minit).
   Masukkan gula dan pukul lagi (lebih kurang 2-3 minit).
   Masukkan telur satu persatu, pukul hingga kembang dan gebu.
   Last, masukkan esen vanila dan pukul hingga sebati.
5. Kurangkan kelajuan mixer, masukkan bahan A dan bahan B secara berselang seli.
   Mulakan dengan tepung dan akhirkan dengan tepung jgk.
6. Bahan D disatukan dalam bekas kecil dan masukkan ke dalam adunan td.
   Kacau hingga sebati.
7. Tuangkan ke dalam loyang dan bakar selama 30-40 minit atau sehingga masak.
   (Cucuk dgn lidi untuk memastikan ia masak @ tak. Kalau lembap lg tu maknanya
   kek tu belum masak.)
8. Setelah masak, sejukkan kek dulu sebelum dipotong kpd 2 @ 3 @ 4 bahagian.
9. Sediakan cream cheese frosting :-
   Satukan creamcheese dan mascarpone cheese dan putar sehingga smooth.
   Masukkan pula gula dan juga esen dan terus memukul hingga smooth lagi.
   Akhir sekali, masukkan whipped cream dan putar hingga likat.
   Sapukan setiap lapisan kek dan hias ikut suka.

Tengok video ni klu nak lebih faham.
Red Velvet Cake Recipe Demonstration

 

 

 

 

 

 

 

 

Read More