Banana Yogurt Muffin

Posted by on Oct 20, 2011 in Resipi, Uncategorized | 0 comments

Banana Yogurt Muffin

Hari ni try buat “Banana Yogurt Muffin”. Ramuannya ade pisang, yogurt n fresh cream..(dh namanya pun “banana yogurt muffin” kannn) yg bestnya percubaan pertama menjadi!! comel je, naik gebu n rasanya pun lemak2 je..Mr. khalil pun kata sedap. dia tu susah nak puji sebab x suka sgt ngan kek atau benda manis2 ni. lain kali boleh la buat lagi..yg satu tu saje je nak try letak choc. chip skit..

Banana Yogurt Muffin (16 biji)
Bahannya:
1 biji pisang
50 gm yogurt
120 gm tepung
50 gm gula
50 gm mentega
30 ml fresh cream
1 biji telur
5 gm baking powder @ 1 s/k

Cara Membuatnya :
1) Panaskan oven dalam 180C.
2) Lenyekkan pisang
3) Pukul gula dan mentega hingga kembang.
4) Masukkan telur dan pukul lagi
5) Masukkan yogurt dan fresh cream
6) Ayakkan tepung dan baking powder ke dalam adunan
7) Kacau tepung hingga sebati
8) Masukkan dalam muffin cup dan bakar dalam 25 minit

Resepi oleh Yani (myresipi.com)

Read More