Slipper lobster …

Posted by on Aug 11, 2015 in Jalan-Jalan, Makan | 0 comments

Slipper lobster… rasanya ramai yang tak tahu benda ni wujud kat Malaysia, sebab duk sembang-sembang dengan member-member kat office ni tak ramai yang tahu, atau orang kat office ni je yang tak tahu..hehe..

Apa – apa pun, ni gambar sikit

slipper lobster

slipper lobster

Yang ni dibeli masa dekat pasar tani belakang Giant di Kuala Terengganu… tak silap hari Sabtu kot. Jarang-jarang jugak dapat beli udang yang ni. Selain pada pasar tu, kekadang ada di Pasar Chabang Tiga, tak pun dekat Jeti Perikanan Losong , rasa sape-sape duk di Kuala Terengganu biasa dah dengan udang ni.

Harga dia tak silap RM23 sekilo. Kalau tak silap la, sebab dah lama tak beli.

Ikut cakap orang-orang tua, udang ni ubat lelah… kalau ada anak-anak yang lelah boleh la bagi. Diorang kata buat panggang. Kalau ada beli ada jugak bagi dekat anak sedara yang duk kat KL, frozen siap. Jadi ke tidak, tak tahu la sebab takde la tanye pulak.

Ape pun, udang ni sedap sebenarnya, lagi sedap dari Lobster yang duk tayang mahal tak hinggat tu. Kalau datang ke Kuala Terengganu try-try la rasa.

 

Read More

Kimchi

Posted by on Jul 29, 2013 in Kesihatan, Makan, Resipi | 0 comments

Kimchi

Kimchi, rasanya ramai orang dah tahu pasal kimchi ni kan. Sekarang kalau tengok tv pun banyak pasal korea, dari drama sampai show pasal masakan.

 

DSC_0841

 

Terasa lak nak berkongsi pasal kimchi ni, sebab rumah kami sentiasa simpan stok kimchi ni. Dah terasa macam benda wajib ada dalam peti sejuk. Sebab kalau dah bosan sangat dah takde benda lain nak makan, kimchi ni boleh jer makan tu jer. Bukak puasa pun macam biasa kimchi ni, macam sambal belacan, budu dan segala apa yang masam masin la. Melayu traditional katakan. Cencaluk jer takde stok.

DSC_0842

 

Kitorang ni takde lah sampai buat kimchi tu sendiri. Dah senang boleh beli jer kan. So ape rasanya kimchi ni, rasa dia macam pedas-pedas campur masam sikit. Kalau tak simpan dalam peti ais lama-lama dia rasa macam tajam sikit, macam terlebih cuka. Rasa dia pun ada macam bawang dan rasa macam black pepper. Tapi ada dua brand Aeon tu, so cuba-cuba lah suka yang mana sebab memang kitorang pun rasa dua lain sangat rasanya.

Macamana nak dapatkan kimchi ni kat Malaysia. Biasa kami dapat dari Aeon jer, kalau nak cari, pergi kat area chiller, rasanya dekat tempat tauhu-tauhu macam tu. Dekat Tesco pun kadang-kadang ada, yang local product pun ada.

Dah sebab yang import ni pun ada sticker halal, so ok la kan import pun. Tapi kena pilih jugak la sebab ada macam-macam jenis kimchi tu. Ada yang kimchi belum potong pun ada, sebijik cabbage dia letak, tapi kami tak suka sangat, baik beli yang dah potong siap.

Kalau nak rasa yang lain pun ada, radish dan pes merah dan kacang. Kami ada beli pes ni, tapi tak pakai sangat tak minat dengan bau lagi-lagi yang pes kacang soya tu.

So, apa yang bagusnya dengan kimchi ni. Kalau search kat dalam internet, ada yang kategori kan Kimchi ni ‘ top 5 healthiest food in the world’ . Sebab ada yang claim masa SARS outbreak dulu, banyak negara terjejas, tapi korea selatan tak, sebab kes makan kimchi. Ntah la.

Apa pun, kimchi ni dikatakan bagus sebab ada bakteria baik (macam yakult kot) disebabkan kandungan asid lactic, tinggi vitamin dan ada potensi mengurangkan risiko kanser. Tapi kalau terlebih makan, ada katakan tinggi risiko untuk kanser jugak. Tapi rasanya apa – apa yang terlebih pun tak elok kan, so bersederhana la. Selain pada yang itu, ada claim kata cholesterol pun boleh rendah dengan amalkan kolestrol ni.

Tapi apa-apa pun, check dengan doktor dulu.

Nak baca lagi:

http://grainsandmore.com/2013/04/amazing-health-benefits-of-kimchi/#sthash.sVjfskRH.dpbs

 

 

Read More

Balsamic Vinegar

Posted by on Apr 8, 2013 in Kesihatan, Makan, Resipi | 2 comments

Yang ini satu lagi jenis cuka biasa saya gunakan di rumah. Mula-mulanya sebab biasa jugak tengok dalam tv, rancangan masakan luar negara, terasa la jugak nak mencarinya. Mula-mulanya agak ragu-ragu jugak, sebab dengarnya cuka balsamic ni hasil daripada penghasilan wine, sebab ada yang samakan dengan wine vinegar.

So, ada la search dalam internet rupanya balsamic vinegar bukannya dari hasil atau byproduct wine. Itu la ada tandanya halal pada sesetengah produk balsamic ni.

Saya biasanya dapatkan dari Giant, jenama alce nero; balsamic vinegar of modena. Kalau tengok kat wiki, modena ni kira tempat yang asalnya dibuat, cuma dikatakan modern imitation, kira yang murah lah. Ntah la yang mahal rasa macamana lak kan, sebab tak pernah beli.

Tapi biasanya balsamic vinegar ni biasanya saya buat untuk salad, dressing atau pun untuk marinate. Dikatakan substitution untuk red wine atau white wine vinegar.

Kalau nak tengok resipi bagi cuka boleh try di http://homecooking.about.com/library/archive/blcon113.htm  .

So, kenapa sebabnya nak pakai cuka ni.

First, boleh menguruskan badan. Dikatakan bagus sebagai dressing salad yang rendah kalori berbanding dengan dressing yang lain, macam mayonis. Juga dikatakan lambat lapar dan mengurangkan selera makan.

Antioksidan. Rasanya dah biasa didengar sekarang ni tentang antioksidan ni. Antioksidan ni hasil dari bahan polyphenol dalam cuka yang mengelakkan kanser dan sakit jantung, dan juga meningkat sistem imun badan.

Satu lagi ialah bahan pepsin di dalam cuka balsamic ni. Pepsin ialah bahan baik untuk sistem pengumuhan(?), digestive system, yang memecahkan protein kepada asid amino yang lebih senang diserap oleh tubuh. Dan juga untuk meningkatkan insulin badan.

Saya bukannya doktor, apa – apa pun hasil bacaan di internet, jadi nak rujuk;

http://www.livestrong.com/article/87969-balsamic-vinegar-health-benefits/

http://www.buzzle.com/articles/balsamic-vinegar-health-benefits.html

 

 

 

 

Read More

Puding custard

Posted by on Dec 2, 2012 in Makan | 0 comments

Puding custard

 

Nampak sedap tak? Nilah puding custard buahan coktail diextrakan dengan blueberry…

Memang sedap, cuma blueberry sekali sekala letak boleh la, sebab agak mahal.

 

image

Cuma mengisi waktu lapang, dan yang oknye bila time nak menguyah ada la jugak bendanya nak makan..hehe.

 

Read More

Cha time

Posted by on Nov 20, 2012 in Makan | 0 comments

image

 

Sekali sekala rasa tea dekat Cha Time ni pun sedap jugak. Kali ni ambik yang perasa Passion Fruit Tea dengan Grass Tea. Rasanya yang sedap yang grass tea, tapi rasa dia agak pelik sikit, ala-ala rasa rumput pun ada gak (bila masa lak tahu rasa rumput ni macamana lak..hehe).

 

image

 

 

Read More

Tutti frutti

Posted by on Nov 3, 2012 in Jalan-Jalan, Makan | 0 comments

Tutti frutti

image

Sedap jugak petang – petang macam ni pekena ais krim. Memang sedap rasanya banding aiskrim biasa, harga pun mahal dari aiskrim biasa gak isk isk.

image

Apa perisa yang suka ?

Dah banyak rasa, yang last perasa grape, chocolate dan kiwi. Kiwi tu ok jugak, tapi agak masam yang grape ok la, kiranya ngam dengan yang chocolate.

Chocolate tu hebat nama, death by chocolate, sish… tapi memang sedap. Pekat.

Ataupun sedap tak selalu makan yang jadi sedap lebih, tak tahu la kan. Dah namanya mahal untuk makan aiskrim saje.

 

Ke ada kata murah ?

Read More