Kosher salt = Garam halal ?

Posted by on Feb 3, 2013 in Uncategorized | 0 comments

Tengok Astro tadi… ada ke translate kosher salt jadik garam halal ?
Rasanye mungkin translator tersilap faham dengan istilah kosher. Kosher memang ada istilah dalam agama Yahudi, bermaksud macam halal.
Garam kosher diambil dari istilah menghilangkan darah, biasanya untuk daging, proses curing. Kalau duk tengok dalam Astro banyak diorang pakai kosher salt untuk sapuan pada daging sebelum dipanggang.
Garam kosher ni macam garam kasar kat tempat kita, cuma biasanya takde kandungan iodin. Garam kosher ni pun kurang masin sikit… Tu yang mula-mula tengok kata omputih ni banyak makan garam ke ape.. maunye letak banyak-banyak tak masin ke. Rupa memang garam kosher kurang sikit masinnya, softer flavor.
Kalau untuk baking ni, garam ni kurang sesuai sikit.. sebab garam ni tak senang melarut macam garam biasa. Takkan makan roti nak rasa ketul-ketul garam kot.
Apa pun, kurangkan penggunaan garam sebab berkaitan dengan tekanan darah, tapi tubuh memang perlukan garam untuk fungsi badan, so kena pandai la imbangkan.

Read More

Happy New Year 2012 & Bye..Bye 2011 !!

Posted by on Dec 31, 2011 in Uncategorized | 0 comments

Happy New Year 2012 & Bye..Bye 2011 !!

Sekejap je masa berlalu.pejam celik dah pun habis setahun..dalam setahun tu la mcm2 kenangan yg ada dan apa yg penting “i’m not single anymore”..dah 7 bln merangkap cik puan munira kpd encik engku ahmad khalil azhar pun. harap dpt jadi isteri yang baik dan harap kebahagiaan berpanjangan. tahun baru maknanya umur pun makin meningkat.eeee…dah makin tua.terima je la, dah memang kenyataan pun. tak bleh nak undur2 balik dah……

Tahun baru ni klu bleh nak …

1. keje yg cuti 2 kali 1 minggu…(bleh lepak ngan hubby lama2 skit)

2. keje yg semua public holiday diorang ambik (bkn 10 hari je..mcm yg MOS Bxxx buat tu, kedekut sungguh)

3. planning utk bussines tu mantop menjadi..takmboh main2 lagi. (nanti gaduh2 kecik plak ngan mr.k…..

x serius katanya)

4. “settle” kan hutang yg ada (terseksa jiwa banyak hutang nih..!!)

 

Apa pun selamat tahun baru semua..moga tahun baru ni memberi kebahgiaan buat semua dan kecekalan dalam menghadapi dugaan hidup….amin

 

 

 

Read More

Rempah Yang Paling Bernilai & Paling Berharga Di Dunia : Saffron

Posted by on Oct 25, 2011 in Uncategorized | 1 comment

Rempah Yang Paling Bernilai & Paling Berharga Di Dunia : Saffron

Biasanya dalam masakan kita dah kenal dengan rempah-ratus seperti kulit kayu manis (cinnamon), ketumbar (coriander), jintan manis (fennel), jintan putih (cumin), halba (fenugreek), buah pelaga (green cardamon), bunga lawang, biji sawi, lada hitam, lada putih dll…tapi rasanya tak ramai yang biasa dengar pasal Saffron ni…

Ia berasal dari perkataan Arab, ‘Za’faran’ bermaksud kuning dan dalam bahasa melayu pula dikenali sebagai ‘Koma-Koma’. Sejenis tumbuhan herba daripada kumpulan eloridaccesi dan antara khazanah alam termahal di dunia. Terkenal sejak ribuan tahun dahulu dalam perubatan, wangian, pewarna dan perasa.

Sekuntum bunga Saffron hanya mengeluarkan 3 stigma merah dan proses pengutipan, pengasingan hinggalah kepada pembungkusan semuanya menggunakan tangan. Bayangkan lebih dari 150 ribu kuntum bunga diperlukan untuk  mendapatkan 1 kg Saffron kering. Sebab itulah ia antara herba yang paling mahal kan… tapi dalam masakan biasanya hanya digunakan sikit je  untuk mendapatkan warna kekuningan dalam masakan. Sesuai digunakan sebagai pewarna dan mewangikan Nasi Minyak, Nasi Bukhari, Nasi Beriani dll…..

Kalau nak tahu info selanjutnya boleh la rujuk di :

http://www.ehow.com/facts_5814330_origins-saffron.html

http://alkiram.net/salam/2008/07/30/apakah-saffron/#more-1067

http://en.wikipedia.org/wiki/Saffron

http://www.gourmetsleuth.com/Articles/Exotic-Herbs-Spices-and-Salts-639/saffron.aspx

 

http://www.payvand.com/news/08/nov/1114.html

 

http://www.payvand.com/news/08/nov/1114.html

 

http://www.payvand.com/news/08/nov/1114.html

 

http://www.payvand.com/news/08/nov/1114.html

 

http://www.payvand.com/news/08/nov/1114.html

Read More

Banana Yogurt Muffin

Posted by on Oct 20, 2011 in Resipi, Uncategorized | 0 comments

Banana Yogurt Muffin

Hari ni try buat “Banana Yogurt Muffin”. Ramuannya ade pisang, yogurt n fresh cream..(dh namanya pun “banana yogurt muffin” kannn) yg bestnya percubaan pertama menjadi!! comel je, naik gebu n rasanya pun lemak2 je..Mr. khalil pun kata sedap. dia tu susah nak puji sebab x suka sgt ngan kek atau benda manis2 ni. lain kali boleh la buat lagi..yg satu tu saje je nak try letak choc. chip skit..

Banana Yogurt Muffin (16 biji)
Bahannya:
1 biji pisang
50 gm yogurt
120 gm tepung
50 gm gula
50 gm mentega
30 ml fresh cream
1 biji telur
5 gm baking powder @ 1 s/k

Cara Membuatnya :
1) Panaskan oven dalam 180C.
2) Lenyekkan pisang
3) Pukul gula dan mentega hingga kembang.
4) Masukkan telur dan pukul lagi
5) Masukkan yogurt dan fresh cream
6) Ayakkan tepung dan baking powder ke dalam adunan
7) Kacau tepung hingga sebati
8) Masukkan dalam muffin cup dan bakar dalam 25 minit

Resepi oleh Yani (myresipi.com)

Read More