Slipper lobster …

Posted by on Aug 11, 2015 in Jalan-Jalan, Makan | 0 comments

Slipper lobster… rasanya ramai yang tak tahu benda ni wujud kat Malaysia, sebab duk sembang-sembang dengan member-member kat office ni tak ramai yang tahu, atau orang kat office ni je yang tak tahu..hehe..

Apa – apa pun, ni gambar sikit

slipper lobster

slipper lobster

Yang ni dibeli masa dekat pasar tani belakang Giant di Kuala Terengganu… tak silap hari Sabtu kot. Jarang-jarang jugak dapat beli udang yang ni. Selain pada pasar tu, kekadang ada di Pasar Chabang Tiga, tak pun dekat Jeti Perikanan Losong , rasa sape-sape duk di Kuala Terengganu biasa dah dengan udang ni.

Harga dia tak silap RM23 sekilo. Kalau tak silap la, sebab dah lama tak beli.

Ikut cakap orang-orang tua, udang ni ubat lelah… kalau ada anak-anak yang lelah boleh la bagi. Diorang kata buat panggang. Kalau ada beli ada jugak bagi dekat anak sedara yang duk kat KL, frozen siap. Jadi ke tidak, tak tahu la sebab takde la tanye pulak.

Ape pun, udang ni sedap sebenarnya, lagi sedap dari Lobster yang duk tayang mahal tak hinggat tu. Kalau datang ke Kuala Terengganu try-try la rasa.

 

Read More

Lamanye…

Posted by on Aug 10, 2015 in Kesihatan | 0 comments

Rasa macam dah lama betul tak diupdatekan blog ni. Macam – macam dah berubah… yang blog di Medan Albukhari pun dah lama.. sekarang semua dah tutup.

Ingat-ingat kena start balik blogging, sebab tengok ramai jugak yang visit blog yang tak seberapa ni. Terutamanya yang pasal cuka apple tu.

Maknanya ramai yang berminat nak tahu pasal bab makanan kesihatan ni. Bolehlah dikongsikan sebab kitorang sekeluarga ada jugak yang ambil macam-macam supplement ni, tp bukan yang jenis ubat-ubatan lebih kepada natural product. InsyaAllah.

Read More

A really sweet song

Posted by on Sep 23, 2013 in K-Pop | 0 comments

Stumbled it at Youtube, the song and also the video, so sweet. Lucky girl 😀

Enjoy

 
 

Read More

Bila blogger jadi usahawan – Fatin Suhana

Posted by on Jul 30, 2013 in Shopping | 0 comments

Bila blogger jadi usahawan – Fatin Suhana

Menarik juga tiba – tiba terlintas satu web yang namanya serupa dengan seorang blogger, rupanya memang orang yang sama.

Anyway, seems the products quite interesting . Sesuai ke nak buat raya ? Sempat lagi ke ?

Check out her website, click on the picture below.

Fatin suhana 2

And her blog. http://fatinsuhana.blogspot.com/

Read More

Kimchi

Posted by on Jul 29, 2013 in Kesihatan, Makan, Resipi | 0 comments

Kimchi

Kimchi, rasanya ramai orang dah tahu pasal kimchi ni kan. Sekarang kalau tengok tv pun banyak pasal korea, dari drama sampai show pasal masakan.

 

DSC_0841

 

Terasa lak nak berkongsi pasal kimchi ni, sebab rumah kami sentiasa simpan stok kimchi ni. Dah terasa macam benda wajib ada dalam peti sejuk. Sebab kalau dah bosan sangat dah takde benda lain nak makan, kimchi ni boleh jer makan tu jer. Bukak puasa pun macam biasa kimchi ni, macam sambal belacan, budu dan segala apa yang masam masin la. Melayu traditional katakan. Cencaluk jer takde stok.

DSC_0842

 

Kitorang ni takde lah sampai buat kimchi tu sendiri. Dah senang boleh beli jer kan. So ape rasanya kimchi ni, rasa dia macam pedas-pedas campur masam sikit. Kalau tak simpan dalam peti ais lama-lama dia rasa macam tajam sikit, macam terlebih cuka. Rasa dia pun ada macam bawang dan rasa macam black pepper. Tapi ada dua brand Aeon tu, so cuba-cuba lah suka yang mana sebab memang kitorang pun rasa dua lain sangat rasanya.

Macamana nak dapatkan kimchi ni kat Malaysia. Biasa kami dapat dari Aeon jer, kalau nak cari, pergi kat area chiller, rasanya dekat tempat tauhu-tauhu macam tu. Dekat Tesco pun kadang-kadang ada, yang local product pun ada.

Dah sebab yang import ni pun ada sticker halal, so ok la kan import pun. Tapi kena pilih jugak la sebab ada macam-macam jenis kimchi tu. Ada yang kimchi belum potong pun ada, sebijik cabbage dia letak, tapi kami tak suka sangat, baik beli yang dah potong siap.

Kalau nak rasa yang lain pun ada, radish dan pes merah dan kacang. Kami ada beli pes ni, tapi tak pakai sangat tak minat dengan bau lagi-lagi yang pes kacang soya tu.

So, apa yang bagusnya dengan kimchi ni. Kalau search kat dalam internet, ada yang kategori kan Kimchi ni ‘ top 5 healthiest food in the world’ . Sebab ada yang claim masa SARS outbreak dulu, banyak negara terjejas, tapi korea selatan tak, sebab kes makan kimchi. Ntah la.

Apa pun, kimchi ni dikatakan bagus sebab ada bakteria baik (macam yakult kot) disebabkan kandungan asid lactic, tinggi vitamin dan ada potensi mengurangkan risiko kanser. Tapi kalau terlebih makan, ada katakan tinggi risiko untuk kanser jugak. Tapi rasanya apa – apa yang terlebih pun tak elok kan, so bersederhana la. Selain pada yang itu, ada claim kata cholesterol pun boleh rendah dengan amalkan kolestrol ni.

Tapi apa-apa pun, check dengan doktor dulu.

Nak baca lagi:

http://grainsandmore.com/2013/04/amazing-health-benefits-of-kimchi/#sthash.sVjfskRH.dpbs

 

 

Read More